Kali
ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan
berat badan lalu mencapai berat badanyang ideal. Seperti yang kita
tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti. Berdasarkan
statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29%
penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di
Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan
untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
1. Kunyah
makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang
lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2. Kurangkan
pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang
kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi
seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3. Jika
anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan
buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4. Jangan
makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan
pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk
tidur.
5. Jika
anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong
atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6. Jangan
terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan
berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan
cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
7. Kawal
nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang
sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi
untuk mengawal nafsu makan anda.
8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes'
dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan
makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk
mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi
sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri
berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi
ke gym atau berjogging di padang
permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan
aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju
dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap
kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik
kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push
up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan
cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah
berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
Selamat muncuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan