Rentetan dari post Perancangan Bajet Untuk Bercuti haritu, kat sini aku nak kongsi pulak pasal solo travel atau mengembara secara bersendiran. Ha.... mungkin ada yang biasa dengar dan buat kan? Tapi bagi yang tak biasa mesti akan rasa pelik. "Pergi travel sorang-sorang? Dah gile ke hape? hmm..... Mengembara secara
bersendirian banyak manfaatnya. Selain bebas bergerak dan merancang perjalanan
anda sendiri, perjalanan sebegini membantu untuk meningkatkan tahap keyakinan
diri dan membantu anda untuk mengenali diri sendiri. Jom ikuti tip-tip berguna
buat anda yang merancang untuk berlibur secara solo.
Rancang Terlebih Dahulu
Lakukan persediaan awal.
Perencanaan selalunya ringkas dan tidak perlu terlalu terperinci. Misalnya,
anda perlu tahu di mana anda akan menginap dan pengangkutan apa yang perlu diambil.
Buat tempahan online dan ambil sedikit info sebelum berlepas.
Pek Bagasi Ringan
Pek backpack anda secara
ringan supaya anda boleh menguruskan barang-barang anda dengan mudah. Sebuah
backpack boleh menampung perjalanan anda selama seminggu atau lebih. Elak
membawa pakaian dengan membelinya di luar ketika mengembara nanti.
Elakkan Tiba Malam
Bergaul Dengan Orang Lain
Selalu berhubungan dengan
pelancong lain. Ruang tamu, lobi atau kafe adalah tempat yang baik bertemu
rakan-rakan baru, bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan nasihat dan tip
perjalanan.
Bertemu Penduduk Tempatan
Berhubunglah dengan penduduk
tempatan. Dengan ini, anda sekaligus mempunyai pemandu pelancong tempatan
secara percuma serta dapat mengetahui tempat-tempat menarik seperti restoran
yang enak yang tidak boleh didapati di dalam brochure atau laman sosial
Menonton Dunia Di Sekeliling
Anda
Ambil masa untuk melihat
bagaimana orang berinteraksi dan bergaul. Sambil duduk di sebuah kafe tepi
jalan, di bangku taman, atau hanya membunuh masa dengan belajar bagaimana untuk
menggunakan pengangkutan awam, anda boleh belajar banyak perkara baru dalam
satu-satu masa.
Pecahkan Ais (Ice Breaking)
Belajar bagaimana untuk
bercakap kepada orang asing. Senyum dan memulakan perbualan anda. Lama kelamaan
anda akan terbiasa dan mampu berbual atau bertanyakan soalan dengan selesa.
Keluar Dan Menikmati
Persekitaran
Bergerak secara solo
bukanlah penghalang untuk anda bersuka ria. Keluar dan rasailah pengalaman baru
di tempat orang. Mungkin, inilah masa yang sesuai untuk menenangkan fikiran
atau mencari identiti diri anda yang sebenar.
Jangan Memilih Makanan
Mungkin makanan di luar
tidak sesedap mana atau tidak menepati cita rasa anda. Pun begitu, anda harus
makan supaya anda mendapat tenaga yang mencukupi semasa mengharungi
pengembaraan anda. Yang penting ia mestilah halal.
Ambil Insurans Perjalanan
Mengembara ke luar negara
tentu kita terdedah kepada banyak risiko seperti kecederaan dan kemalangan. Justeru
itu, ambil langkah bijak dengan menginsurankan perjalanan anda di sepanjang
pengembaraan.
Sentiasa Tampak Yakin
Elakkan daripada menunjukkan
sebarang reaksi takut, lemah atau jahil pada penduduk tempatan kerana ia akan
menarik perhatian mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap pelancong
luar. Cuba tampil yakin dan tampak matang sepanjang perjalanan.
Ubat-Ubatan Kecemasan
Sentiasa bawa ubat-ubatan
kecemasan kerana andalah yang harus menjaga diri anda sendiri. Jika anda
mempunyai sebarang elergi atau alahan, sila ambil langkah berjaga-jaga dengan
pemakanan dan tempat tinggal anda.
Tinggalkan Butiran Peribadi
Sentiasa tuliskan butiran
peribadi anda secara lengkap sama ada di tempat anda menginap, backpack atau
barang-barang peribadi anda. Sentiasa membuat salinan kepada dokumen perjalanan
anda. Ia tentu membantu di waktu-waktu yang tak terduga.
Simpan Barang-Barang Yang
Penting Di Satu Tempat
Passport, dompet, kamera dan
telefon perlu berada di tempat yang mudah dicapai. Sentiasa menjaga
barang-barang ini dengan lebih rapi kerana ia ibarat nyawa anda. Pun begitu,
anda boleh menyimpan wang di beberapa tempat kerana ia berguna andai berlaku
perkara yang tak diingini.
Sentiasa 'Pilih Bulu'
Anda berhak untuk memilih
mereka atau menggunakan khidmat yang anda benar-benar yakin. Ketika bertanyakan
soalan misalnya anda boleh memilih untuk bertanyakan kepada orang yang tampak
berilmu dan ramah. Dengan kata lain, sentiasa gunakan deria keenam dan gerak
hati semasa pengembaraan.
Kurangkan Bil Telefon
Pertimbangkan untuk membeli
kad SIM di setiap negara yang semasa perjalanan anda di luar
negara. Ia akan menjimatkan banyak wang anda dan mengelakkan pembaziran
berlebihan.
Akses WIFI Percuma
Mempunyai akses kepada
internet secara percuma dapat menghubungkan anda dengan dunia luar. Sentiasa
update lokasi dan di mana anda berada supaya rakan-rakan mudah mengetahui di
mana anda berada jika berlaku kecemasan.
Aplikasi-Aplikasi Berguna
Muat turun beberapa aplikasi
yang berguna untuk telefon anda seperti GPS , penterjemah, penukar mata wang dan beberapa buku panduan perjalanan.
Elakkan Lorong-Lorong Gelap
Sentiasa bergerak di
jalan-jalan utama. Elakkan lorong-lorong gelap meskipun ia merupakan jalan
mudah untuk bergerak ke tempat yang anda ingin tuju. Amalkan slogan 'safety
first' dalam melakukan apa-apa perkara.
Ikut Kata Naluri Anda
Sentiasa berhati-hati dengan
persekitaran anda dan berwaspada dengan segala kemungkinan. Jika terasa tidak
sedap hati mengenai sesuatu perkara, cuba elakkan dan meninggalkannya sesegera yang boleh.
Pengembara Solo Wanita?
Sedikit Tip Tambahan
Elakkan berpakaian seksi di
tempat awam kerana ia mengundang perhatian. Jika anda tidak ingin diganggu,
ambil langkah bijak untuk mengelakkan diri daripada sebarang situasi yang
membuatkan anda tidak selesa. Paling penting, lengkapkan diri anda dengan
teknik asas mempertahankan diri serta pepper spray bagi tujuan keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan