Isnin, 30 Jun 2014

Bagaimana Cara Download Video Dari YouTube

Cara Download YouTube

Masih ramai lagi yang tidak tahu tentang bagaimana cara untuk mendownload video dari youtube. Sebenarnya, ada banyak cara untuk mendownload video dari website youtube ini ke komputer anda. Cara yang paling senang dan tidak memeningkan kepala ialah melalui platform web based. Kedua pula melalui software dan ketiga melalui plugin internet browser. Satu perkara yang perlu diingat ialah file yang didownload biasanya adalah dalam format flv. Oleh itu, anda perlu ada FLV player diinstall dalam komputer anda untuk memainkan video yang telah didownload dari website YouTube ini.


Web Based


KeepVid merupakan website yang paling popular buat masa sekarang dan menjadi pilihan utama untuk mendownload video YouTube dengan mudah. Cuma letakkan URL video YouTube dan download link akan keluar serta merta. Anda juga boleh mendownload video samaada dalam format FLV ataupun MP4.

Download video dari YouTube




Website yang ringkas ini membenarkan anda untuk mendownload video dari website YouTube dan juga website seperti MetaCafe dan MySpace. Seperti KeepVid, letakkan URL video yang hendak di download dan link untuk mendownload akan muncul.



Untuk sesiapa yang mahukan video dalam format lain, boleh cuba VideoGetting kerana ianya supports conversion ke format seperti WMV, MP3, MP4, MOV, 3GP, AVI, MPG, MPEG. Tapi, anda mungkin akan rasa annoying dengan pop-ups dan iklan-iklan dalam website tersebut.
Ada banyak lagi platform web based yang membenarkan anda untuk mendowload video dari youtube tapi kebanyakannya mempunyai banyak pop-ups dan iklan-iklan yang boleh membuatkan anda rasa serabut.



Software


Software ini adalah yang paling popular digunakan untuk download video dari youtube kerana ia tidak menggunakan processing power yang banyak disamping dapat mendownload dengan lebih laju dari software-software lain. Selain dari YouTube, ia juga membolehkan anda untuk mendownload video atau audio dari website-website seperti MySpace, Yahoo dan IMEEM.

Download video YouTube



Satu lagi software yang cukup popular untuk mendownload video seperti Orbit Downloader. Kelebihan yang terdapat pada VDownloader adalah kebolehan untuk convert video yang didownload ke format lain seperti AVI, MPG, 3GP dan MP3.



Internet Browser Plugin


Tool ini adalah yang paling saya prefer untuk download video dari YouTube mahupun dari website-website lain yang mempunyai video. DownloadHelper adalah plugin untuk firefox dan berupaya untuk mendownload bukan sahaja video, malah audio dan gambar. Cuma surf website seperti biasa, dan bila terdapat video mahupun audio, icon DownloadHelper akan bergerak-gerak menandakan ia bersedia untuk mendownload video atau audio dari website tersebut.



Plugin ini akan meletakkan satu link tambahan dalam website YouTube. Anda akan nampak link tersebut disetiap page video dalam website YouTube dan akan membenarkan anda mendownload video terus ke dalam komputer.

 Download YouTube



Fungsi dan cara kerja plugin ini adalah sama seperti 1-Click YouTube Video Download. Tapi kelebihan yang terdapat pada plugin ini dan tidak ada pada plugin-plugin seumpamanya adalah kebolehan untuk convert format video YouTube ke format FLV, 3GP, MP3, MP4 dan boleh juga mendownload video HD (High Definition).

Video YouTube

Ok, selamat mencuba!

Isnin, 23 Jun 2014

Tips Motivasi Diri

Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.

Artikel Motivasi

Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.


Tahu Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.


Tetapkan Impian atau Matlamat.

Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.


Mempunyai Keinginan Yang Kuat.

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.


Tips Motivasi Diri
Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini.


Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Artikel Motivasi Diri


Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.

Sekian.


Isnin, 16 Jun 2014

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Cara Menurunkan 
Berat Badan

Kali ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badanyang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti. Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Selamat muncuba!

Isnin, 9 Jun 2014

Amalan Kitar Semula

Kehidupan di zaman milenium ini sungguh berbeza berbanding 50 tahun dahulu. Kini populasi penduduk, pembangunan dan kemajuan semakin meningkat dengan pantasnya. Ianya memerlukan pengorbanan yang sangat besar dan berharga iaitu kemusnahan dan pencemaran alam sekitar.



Kehidupan Dan Alam Sekitar

Alam semulajadi semakin berkurang kerana tuntutan kehidupan dan pembangunan demi keperluan dan kemajuan. Ianya terlalu pantas berlaku sehinggakan tidak terkawal lalu membawa pelbagai bencana alam yang mengancam kehidupan dan nyawa.

Kemodenan pula memberi impak sampingan yang amat besar kepada alam sekitar. Kerana permintaan yang tinggi, industri semakin tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Sumber kehidupan iaitu udara, air dan hutan semakin dinodai. Bahan dan barangan berteknologi tinggi semakin menjadi bahan keutamaan namun ia kebanyakannya mempunyai kadar pereputan yang sangat lama dan bertoksid. 


Cara hidup juga telah berubah. Demi kesenangan dan kemudahan hidup yang semakin mahukan segalanya mudah, pantas dan segera membawa kepada penggunaan barangan pakai buang semakin memburukkan lagi keadaan.


Hargailah alam semulajadi yang indah ini...Tanggungjawab kita menjaga dan memeliharanya 

Kesian kepada generasi hadapan. Dapatkah mereka menikmati apa yang kita nikmati pada hari ini? Melihat pepohon dan hutan yang menghijau. Tasik yang jernih dan bersih. Sungai yang mengalir dipenuhi pelbagai hidupan. Laut dan langit yang membiru. Semuanya ini bergantung kepada tindakan kita pada hari ini.
 


Kempen Kitar Semula

Apakah pilihan yang kita ada untuk mengekalkan alam semulajadi ini? YA! Kita masih mampu andainya kita berjaya menjadikan amalan kitar semula satu budaya dalam kehidupan setiap individu. Komitmen dalam merealisasikan kitar semula dan mengurangkan sampah yang perlu dilupuskan adalah pilihan terbaik yang kita ada.

Namun mentaliti masyarakat negara ini yang memandang mudah kepada kempen kitar semula yang dua kali dilancarkan pada 1993 dan 2000 dibuktikan dengan peratusan kitar semula yang masih rendah iaitu hanya sekitar lima peratus.

Lihatlah apa sudah jadi dengan tong-tong sampah kitar semula. Malah kempen sabtu tanpa beg plastik pada awal 2010 juga masih tidak menyeluruh sehingga kini. Pasti ramai juga yang tidak tahu bahawa setiap 11.November adalah Hari Kitar Semula Kebangsaan... Betul tak? Jelas sekali kempen kitar semula sebelum ini masih gagal mencapai sasarannya.



Kehijauan yang dihargai

Sasaran kitar semula negara ini adalah sebanyak 22 peratus menjelang 2020 dimana serentak dengan matlamat negara mencapai status negara maju. Mampukah ianya dicapai? Sasaran kita sahaja jauh jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun yang berjaya melakukan kitar semula melebihi 50 peratus.

Sudahlah kesedaran amalan kitar semula gagal, diburukkan lagi dengan jumlah sampah yang semakin meningkat dan dijangka melebihi 30,000 tan sehari dalam tempoh kurang 11 tahun lagi. Boleh kita bayangkan apa akan jadi kepada alam sekitar pada 50 tahun akan adatang.



Dipaksa, Terpaksa Atau Sukarela

Jutaan ringgit telah dilaburkan, namun tiada hasilnya. Rakyat Malaysia boleh dilentur dan mudah mengikut arahan dan amalan yang baik jika kempen kesedaran atau pendekatan yang dianjurkan bersifat berterusan dan bukannya hanya seperti 'pahat dan penukul'. Bila berlaku sebarang masalah, baru nak bertindak atau pun buat tak tahu sahaja.Penguatkuasaan dan pemantauan juga perlu dilakukan.



Pilihan Masa Depan Di Tangan Anda

Jangan biarkan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan ini terus bersenang-lenang untuk menghabiskan duit kerajaan dengan program-program yang gagal, membazir dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat. Ramai lagi insan yang cekap, ikhlas dan bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab, cuma mereka tidak punya peluang.

Sebagai seorang manusia yang waras dan bertanggungjawab, tugas setiap individu untuk menjadikan kitar semula ini satu amalan dalam kehidupan kita. Jangan sampai kita dipaksa melakukannya. Namun tidak mustahil satu hari nanti kita terpaksa pula melakukannya.

Oleh itu sebelum dipaksa dan terpaksa, baiklah kita dengan ikhlas melakukannya mulai hari ini juga. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita, keluarga dan generasi masa hadapan demi kehidupan yang sihat dan sejahtera.




 

Isnin, 2 Jun 2014

Tip Buat Pengembara Solo

Rentetan dari post Perancangan Bajet Untuk Bercuti haritu, kat sini aku nak kongsi pulak pasal solo travel atau mengembara secara bersendiran. Ha.... mungkin ada yang biasa dengar dan buat kan? Tapi bagi yang tak biasa mesti akan rasa pelik. "Pergi travel sorang-sorang? Dah gile ke hape? hmm..... Mengembara secara bersendirian banyak manfaatnya. Selain bebas bergerak dan merancang perjalanan anda sendiri, perjalanan sebegini membantu untuk meningkatkan tahap keyakinan diri dan membantu anda untuk mengenali diri sendiri. Jom ikuti tip-tip berguna buat anda yang merancang untuk berlibur secara solo.


Rancang Terlebih Dahulu

Lakukan persediaan awal. Perencanaan selalunya ringkas dan tidak perlu terlalu terperinci. Misalnya, anda perlu tahu di mana anda akan menginap dan pengangkutan apa yang perlu diambil. Buat tempahan online dan ambil sedikit info sebelum berlepas.

Pek Bagasi Ringan

Pek backpack anda secara ringan supaya anda boleh menguruskan barang-barang anda dengan mudah. Sebuah backpack boleh menampung perjalanan anda selama seminggu atau lebih. Elak membawa pakaian dengan membelinya di luar ketika mengembara nanti.

Elakkan Tiba Malam

Cuba untuk sampai di destinasi pada hari saing. Merancang untuk tiba pada waktu ini lebih menjamin keselamatan dan mengelakkan anda berada di tempat baru dalam sesuana gelap.

Bergaul Dengan Orang Lain

Selalu berhubungan dengan pelancong lain. Ruang tamu, lobi atau kafe adalah tempat yang baik bertemu rakan-rakan baru, bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan nasihat dan tip perjalanan.

Bertemu Penduduk Tempatan

Berhubunglah dengan penduduk tempatan. Dengan ini, anda sekaligus mempunyai pemandu pelancong tempatan secara percuma serta dapat mengetahui tempat-tempat menarik seperti restoran yang enak yang tidak boleh didapati di dalam brochure atau laman sosial

Menonton Dunia Di Sekeliling Anda

Ambil masa untuk melihat bagaimana orang berinteraksi dan bergaul. Sambil duduk di sebuah kafe tepi jalan, di bangku taman, atau hanya membunuh masa dengan belajar bagaimana untuk menggunakan pengangkutan awam, anda boleh belajar banyak perkara baru dalam satu-satu masa.

Pecahkan Ais (Ice Breaking)

Belajar bagaimana untuk bercakap kepada orang asing. Senyum dan memulakan perbualan anda. Lama kelamaan anda akan terbiasa dan mampu berbual atau bertanyakan soalan dengan selesa.

Keluar Dan Menikmati Persekitaran

Bergerak secara solo bukanlah penghalang untuk anda bersuka ria. Keluar dan rasailah pengalaman baru di tempat orang. Mungkin, inilah masa yang sesuai untuk menenangkan fikiran atau mencari identiti diri anda yang sebenar.

Jangan Memilih Makanan

Mungkin makanan di luar tidak sesedap mana atau tidak menepati cita rasa anda. Pun begitu, anda harus makan supaya anda mendapat tenaga yang mencukupi semasa mengharungi pengembaraan anda. Yang penting ia mestilah halal.

Ambil Insurans Perjalanan

Mengembara ke luar negara tentu kita terdedah kepada banyak risiko seperti kecederaan dan kemalangan. Justeru itu, ambil langkah bijak dengan menginsurankan perjalanan anda di sepanjang pengembaraan.

Sentiasa Tampak Yakin

Elakkan daripada menunjukkan sebarang reaksi takut, lemah atau jahil pada penduduk tempatan kerana ia akan menarik perhatian mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap pelancong luar. Cuba tampil yakin dan tampak matang sepanjang perjalanan.

Ubat-Ubatan Kecemasan

Sentiasa bawa ubat-ubatan kecemasan kerana andalah yang harus menjaga diri anda sendiri. Jika anda mempunyai sebarang elergi atau alahan, sila ambil langkah berjaga-jaga dengan pemakanan dan tempat tinggal anda.

Tinggalkan Butiran Peribadi

Sentiasa tuliskan butiran peribadi anda secara lengkap sama ada di tempat anda menginap, backpack atau barang-barang peribadi anda. Sentiasa membuat salinan kepada dokumen perjalanan anda. Ia tentu membantu di waktu-waktu yang tak terduga.

Simpan Barang-Barang Yang Penting Di Satu Tempat

Passport, dompet, kamera dan telefon perlu berada di tempat yang mudah dicapai. Sentiasa menjaga barang-barang ini dengan lebih rapi kerana ia ibarat nyawa anda. Pun begitu, anda boleh menyimpan wang di beberapa tempat kerana ia berguna andai berlaku perkara yang tak diingini. 

Sentiasa 'Pilih Bulu'

Anda berhak untuk memilih mereka atau menggunakan khidmat yang anda benar-benar yakin. Ketika bertanyakan soalan misalnya anda boleh memilih untuk bertanyakan kepada orang yang tampak berilmu dan ramah. Dengan kata lain, sentiasa gunakan deria keenam dan gerak hati semasa pengembaraan.

Kurangkan Bil Telefon

Pertimbangkan untuk membeli kad SIM di setiap negara yang semasa perjalanan anda di luar negara. Ia akan menjimatkan banyak wang anda dan mengelakkan pembaziran berlebihan.

Akses WIFI Percuma

Mempunyai akses kepada internet secara percuma dapat menghubungkan anda dengan dunia luar. Sentiasa update lokasi dan di mana anda berada supaya rakan-rakan mudah mengetahui di mana anda berada jika berlaku kecemasan.

Aplikasi-Aplikasi Berguna

Muat turun beberapa aplikasi yang berguna untuk telefon anda seperti GPS, penterjemah, penukar mata wang dan beberapa buku panduan perjalanan.

Elakkan Lorong-Lorong Gelap

Sentiasa bergerak di jalan-jalan utama. Elakkan lorong-lorong gelap meskipun ia merupakan jalan mudah untuk bergerak ke tempat yang anda ingin tuju. Amalkan slogan 'safety first' dalam melakukan apa-apa perkara.

Ikut Kata Naluri Anda

Sentiasa berhati-hati dengan persekitaran anda dan berwaspada dengan segala kemungkinan. Jika terasa tidak sedap hati mengenai sesuatu perkara, cuba elakkan dan meninggalkannya sesegera yang boleh.

Pengembara Solo Wanita? Sedikit Tip Tambahan


Elakkan berpakaian seksi di tempat awam kerana ia mengundang perhatian. Jika anda tidak ingin diganggu, ambil langkah bijak untuk mengelakkan diri daripada sebarang situasi yang membuatkan anda tidak selesa. Paling penting, lengkapkan diri anda dengan teknik asas mempertahankan diri serta pepper spray bagi tujuan keselamatan.

Isnin, 26 Mei 2014

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti)” - Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.


1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.


2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.


3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.


4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

  
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
  
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?


1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.


2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.


3.  Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.


4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.


5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.


6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)


Tips Diet Seimbang
  
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.


1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.


2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.


4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

R     Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
R     Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
R     Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
R     Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
R     Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
R     Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.


5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.


6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA


Isnin, 19 Mei 2014

Bagaimana Pengurusan Masa Terbaik Yang Diajarkan Dalam Islam?



Masa itu emas. Ungkapan melayu dahulu kala sering mengaitkan masa dengan emas. Mungkin pada masa dahulu, emas ini tampak berharga dari segalanya. Benarkah sampai begitu sekali? Ada juga yang mengatakan masa ini lebih berharga daripada emas. Logiknya, emas yang hilang mungkin boleh dicari dan diganti semula akan tetapi, bagaimana pula dengan masa? Sedetik yang berlalu belum tentu boleh diganti dan dicari semula. Itulah asbabnya masa ini terlalu berharga untuk dibuang dan dibazirkan begitu sahaja.

As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”. Manusia ini seringkali terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana. Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui. Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini.

Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa: “Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”. ( Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3)

Allah s.w.t telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalamnya iaitu kitab Al-Quran. Melalui ayat di atas, kita ketahui manusia akan terus berada dalam kerugian kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan kepentingan masa lalu menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara umumnya.

Namun berapa ramaikah yang mengambil pengajaran daripada ayat di atas? Terlalu ramai yang tersungkur di pentas arena dunia fana apabila dikaitkan dengan pengurusan masa. Mereka lebih rela menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang membawa kepada keseronokkan, yang dapat menghiburkan hati mereka, tanpa sedikit pun memikirkan tentang kematian yang saban hari mendekati mereka!

Punca pembaziran masa

Ada manusia yang mampu menguruskan masa dengan baik sehinggakan setiap detik masa yang ada diinfakkan untuk melakukan kebaikan dan memperoleh redha daripada Allah s.w.t. Ada juga manusia yang tidak tahu menghargai masa dan selalu menghabiskan masa untuk perkara yang menggembirakan hati mereka. Ada manusia juga yang mampu menggunakan masa dengan baik pada mulanya, tetapi tidak kekal lama, akhirnya kembali meneruskan tabiat yang lama. Persoalannya, mengapakah perkara ini seringkali terjadi?
“Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Inilah antara sebab mengapa manusia seringkali culas dengan pengurusan masa. Imannya kadangkala turun dan naik. Tidak tetap. Perkara inilah yang perlu kita akui sebagai insan yang lemah di hadapanNya. Perlu diingatkan juga, walaupun iman ini sentiasa naik dan turun, namun kita punyai pilihan sama ada untuk meningkatkannya atau mengurangkannya. Oleh sebab itulah di dalam hadis ini, kita disarankan agar sentiasa memperbaharui iman kita. Apabila iman sudah tetap di hati, maka pengurusan mengenai masa bukanlah masalah terbesar yang perlu dihadapi.

Kedua, manusia ini mempunyai hati yang mudah berbolak-balik. Mungkin di siang hari, kita senang untuk melakukan kebaikkan, tetapi tiba di malam hari, kita berubah dan lebih tega untuk melakukan maksiat. Begitulah manusia yang mempunyai hati tidak tetap dan seringkali berubah. Allah s.w.t telah berfirman: “Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.” (Surah Al-Anam, ayat 110).

Semakin tetap hati kita, semakin sukar untuk kita jatuh dan tergelincir ke kancah maksiat. Namun, bukan mudah untuk tetapkan hati. Nabi Muhammad s.a.w  selalu mengamalkan doa, “Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu.” Jika Nabi yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, seringkali meminta agar ditetapkan hati, apatah lagi kita yang tidak pernah gagal untuk melakukan dosa, sudahkan doa ini dilazimi di bibir kita? (Iblis) menjawab, “kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur.” (Surah Al-A’raf, ayat 16 dan 17).

Inilah antara punca yang terakhir yang ingin dikongsikan dalam di dalam artikel ini. Janji syaitan terhadap Allah s.w.t sebelum golongan ini keluar dari syurga dan ditempatkan pula di neraka jahanam. Syaitan telah berjanji akan terus menyesatkan cucu cicit Adam sehingga hari kiamat tiba. Hanya manusia yang benar-benar ikhlas sahaja dan tidak lalai akan terselamat dari godaan dan tipu daya syaitan.

Ayuh kita atasinya!

Terlewat melaksanakan sesuatu tindakan adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Malah situasi akan menjadi lebih parah lagi sekiranya tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Orang yang benar-benar mengenali masa dengan baik akan berpotensi menggunakan masa sebaiknya tanpa membazirkannya ke jalan yang sia-sia. Setiap manusia dikurniakan 24 jam dalam sehari. Hanya yang betul-betul mengenali masa dengan baik akan merasakan waktu yang diberikan cukup bermakna untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan, selebihnya akan merintih dan seringkali mengeluh kerana kesempitan waktu.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (Hadis riwayat Abu Daud). Nabi Muhammad s.a.w menekankan supaya apabila kita ingin melakukan sesuatu, maka hendaklah dia melakukan dengan bersungguh-sungguh. Dalam konteks penggunaan masa, kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan agar masa yang digunakan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Biarlah pekerjaan itu sedikit, tetapi pastikan jangan meleret! Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan elakkan bertangguh agar masa yang selebihnya dapat digunakan untuk perkara lain yang sama taraf kepentingannya.
Hormati masa orang lain.

Hidup bermasyarakat mensyariatkan kita agar bermuamalat dengan manusia lain. Kita sering sahaja memandang enteng tentang kepentingan masa orang lain. Apabila perkara ini tidak dibendung sewajarnya, maka mudarat mudah sahaja mendekati! Mungkin mudah untuk berjanji masa dengan orang lain, tetapi tidak mudah untuk menepati masa dengan orang lain.  Berjanji masa lain, tepati masa lain. Inilah mentaliti yang perlu kita atasi secepatnya. Membiarkan perkara ini sehingga bernanah, akan merumitkan lagi langkah pemuliharaan. Sekiranya berjanji, maka tepatilah sehabis baik. Hormati masa orang lain sebagaimana kita mahu orang lain menghormati masa kita. Sebagai seorang mahasiswa, pelajar dan juga penuntut, kehidupan kita sangat dekat dengan kelas serta kuliah. Kuliah yang kita hadiri saban hari perlulah kita peka dengan waktu pembelajaran bermula. Andai terlewat, kita bukan sahaja menganggu kelas dan pensyarah, tetapi memandu insan sekitar kita untuk melabelkan diri kita sebagai manusia yang tidak tahu menghargai masa!

Sekiranya bersyura, berusrah, bermesyuarat atau apa-apa majlis yang memerlukan kehadiran kita untuk majlis itu bermula, maka jangan zalimi masa orang lain. Jika terpaksa lewat disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, latih diri untuk beradab dengan masa orang lain. Mohon kemaafan dan maklumkan akan kelewatan kita. Ini lebih indah daripada lewat tanpa berita dan alasan yang kukuh!
  
Tawan masa!

Ramai manusia yang celik akan kepentingan masa tetapi buta akan cara menggunakannya. Jadi, perkara ini akan merugikan diri kita sendiri. Belajarlah cara menawan masa dan janganlah biarkan diri kita ditawan pula oleh masa! “Dua nikmat yang ramai manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.” (Riwayat Bukhari).


Antara kita dengan masa, siapakah lebih cilik? Tanya diri kita sendiri, moga beroleh petunjuk Ilahi. Wallahualam.


Selasa, 13 Mei 2014

Perancangan Bajet Untuk Bercuti

Ini adalah antara topik kegemaranku. TRAVEL. Boleh kata hobi jugak lah. Kalau boleh nak travel je. Tapi memang tak boleh lah kan. Kalau asik travel bila masanya nak keje kan. Abis kalau tak keje mana nak datang duit nak travel? Aku bukan anak tokeh balak pun. Memandangkan aku ni suka travel dan kalau boleh nak selalu travel, so planning tu penting. Kene ada bajet. Kalau tak memang tak merasalah nak travel seselalu kan. Macam mana aku planning bajet untuk travel ni? Ni nak share tips sikit. Ada banyak tips sebenarnya. Ni adalah aku korek-korek, kumpul-kumpul sikit pastu share kat sini. hehe......



Walau ke mana pun destinasi percutian anda yang paling penting adalah merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang ditetapkan. Dengan perancangan yang teliti dan tidak ‘lari’ daripada peruntukan yang telah diketepikan ia mampu mengelakkan  daripada ‘gangguan’ perjalanan kewangan harian anda.

Jika anda tahu berapa banyak perbelanjaan yang anda peruntukan  untuk percutian itu ia mampu membantu anda untuk membuat pilihan yang bijak. Menyesuaikan bajet anda dengan rancangan percutian sebenarnya turut menuntut anda untuk merujuk kepada bahan bacaan dan melakukan penyelidikan untuk memilih destinasi terbaik. Semasa melancong semestinya anda ingin berhemat dalam berbelanja. Bagaimanapun selain perbelanjaan tetap seperti pengangkutan dan penginapan, anda juga berdepan dengan perbelanjaan flkesibel seperti makanan dan minuman, belanja membeli belah dan juga bayaran masuk lokasi tarikan pelancong.

LANGKAH BERHEMAH

Berikut adalah langkah yang boleh anda lakukan untuk merancang perbelanjaan hemah bila bercuti di dalam atau luar negara:

1. Tabungan Mencukupi
Mempunyai tabungan yang mencukupi penting untuk bercuti. Mulalah menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas,  disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda. Kiranya ada ganjaran bonus, ketepikan juga bahagian untuk tabungan cuti.

2. Ketahui Pakej Promosi
Kiranya anda memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Anda boleh mendapatkan maklumat daripada ejen  pelancongan tempatan. Bagi destinasi dalam negara pula, pakej percutian tempatan jua ada disediakan. Anda juga boleh menyelidik tempat menarik di sesebuah negara atau negeri dengan mendapat maklumat daripada majalah libur yang terdapat di pasaran dan juga dengan melayari internet atau iklan di akhbar. Biasanya menjelang musim sejuk negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

3. Rancang Dengan Rapi
Tentukan dengan betul, negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda. Buat pendaftaran awal di tempat yang akan anda  kunjungi. Bagi menjimatkan tenaga perbelanjaan dan masa, ketahui kedudukan lokasi-lokasi menarik yang terletak berhampiran dengan lokasi yang dikunjungi. Jadi anda boleh mengetahui dengan lebih jelas jenis pengangkutan yang ada serta jumlah bayaran tambang yang diperlukan.

4. Senaraikan Anggaran Perbelanjaan
Senaraikan perkara yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan atau bajet sebelum pergi bercuti. Ini termasuklah penginapan, makan minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti tol atau cenderahati. Anggaran perbelanjaan adalah sangat penting terutamanya jika anda bercuti di luar negara. Di samping itu anda perlu mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut menepati anggaran perbelanjaan anda. Ini juga mengelakkan diri anda  daripada ditipu oleh pengurup wang. Kadar pertukaran wang asing penting diketahui untuk memudahkan anda membuat perancangan perbelanjaan terutamanya  apabila keluar membeli belah.

5. Buat Tempahan Awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam ekonomi. Membeli ketika permintaan belum tinggi pastinya memberi pulangan
kerana harga yang ditawarkan murah berbanding jika anda menempah di saat akhir ketika waktu kemuncak dan terhad. Jadi adalah lebih baik anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas dengan lebih awal. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutamanya ketika musim cuti persekolahan ini. Sama juga halnya dengan tempahan hotel atau tempat penginapan kerana tempahan awal boleh mengelakkan kesesakan. Malah jika bernasib baik tempahan melalui online kadangkala lebih murah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan bajet percutian.

6. Penginapan Buat Yang Belum berkeluarga
Pilih penginapan ikut kemampuan. Bagi pengembara bajet yang belum berkeluarga, pilihan terbaik adalah dengan menginap di asrama belia yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun namanya asrama belia namun pelancong dewasa juga boleh menginap di sini. Namun anda pasti mahukan keselesaan jadi carilah beberapa asrama di kawasan yang sama untuk membuat perbandingan harga dan kemudahan yang ditawarkan. Selain asrama terdapat pilihan lain sepertinya menginap di rumah tumpangan atau “bed and breakfast’ atau juga pakej ‘homestay’ yang memberi peluang anda untuk tinggal bersama orang tempatan yang turut memberi peluang anda untuk lebih mengenali dan mendekati budaya dan gaya hidup mereka.

7. Kelengkapan Bersama Anak
Jika bercuti bersama anak pastikan persiapan makanan dan kelengkapan untuk mereka ada tersedia. Pastikan  anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa membawa kesemua kelengkapan anak secukupnya bersedialah memasukkan perbelanjaan lebihan untuk mengawasi bagasi yang banyak .

8. Sarapan Pagi Di Tempat Penginapan
Manfaat sarapan percuma di hotel. Jika anda bercuti di Eropah makanan di sana adalah mahal, jadi dengan mengambil sarapan yang berat pastinya mengurangkan
kekerapan untuk berhenti makan sekali gus mengurangkan lagi perbelanjaan anda.

9. Peruntukan Kecemasan
Ketepikan sedikit 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian untuk kecemasan. Ia mungkin kelihatan tidak penting tetapi peruntukan ini amat berguna
jika berlaku kejadian kecemasan seperti jatuh sakit atau kecederaan yang memerlukan rawatan hospital. Malah peruntukan ini juga boleh digunakan untuk membantu anda sekiranya anda terlebih berbelanja.

Ok, dah ada semua tu? apa lagi... lets GO!!!