Masih ramai lagi yang tidak
tahu tentang bagaimana cara untuk mendownload video dari youtube.
Sebenarnya, ada banyak cara untuk mendownload video dari website youtube ini ke
komputer anda. Cara yang paling senang dan tidak memeningkan kepala ialah
melalui platform web based. Kedua pula melalui software dan ketiga melalui
plugin internet browser. Satu perkara yang perlu
diingat ialah file yang didownload biasanya adalah dalam format flv. Oleh itu,
anda perlu ada FLV player diinstall dalam komputer anda untuk memainkan video
yang telah didownload dari website YouTube ini.
Web Based
KeepVid merupakan website
yang paling popular buat masa sekarang dan menjadi pilihan utama untuk
mendownload video YouTube dengan mudah. Cuma letakkan URL video YouTube dan
download link akan keluar serta merta. Anda juga boleh mendownload video
samaada dalam format FLV ataupun MP4.
Website yang ringkas ini
membenarkan anda untuk mendownload video dari website YouTube dan juga website
seperti MetaCafe dan MySpace. Seperti KeepVid, letakkan URL video yang hendak
di download dan link untuk mendownload akan muncul.
Untuk sesiapa yang mahukan
video dalam format lain, boleh cuba VideoGetting kerana ianya supports conversion ke
format seperti WMV, MP3, MP4, MOV, 3GP, AVI , MPG, MPEG. Tapi, anda mungkin akan rasa annoying dengan pop-ups dan
iklan-iklan dalam website tersebut.
Software
Software ini adalah yang
paling popular digunakan untuk download video dari youtube kerana ia tidak
menggunakan processing power yang banyak disamping dapat mendownload dengan
lebih laju dari software-software lain. Selain dari YouTube, ia juga
membolehkan anda untuk mendownload video atau audio dari website-website
seperti MySpace, Yahoo dan IMEEM.
Satu lagi software yang
cukup popular untuk mendownload video seperti Orbit Downloader. Kelebihan yang
terdapat pada VDownloader adalah kebolehan untuk convert video yang didownload
ke format lain seperti AVI , MPG, 3GP dan MP3.
Internet Browser Plugin
Tool ini adalah yang paling
saya prefer untuk download video dari YouTube mahupun dari
website-website lain yang mempunyai video. DownloadHelper adalah plugin untuk
firefox dan berupaya untuk mendownload bukan sahaja video, malah audio dan
gambar. Cuma surf website seperti biasa, dan bila terdapat video mahupun audio,
icon DownloadHelper akan bergerak-gerak menandakan ia bersedia untuk
mendownload video atau audio dari website tersebut.
Plugin ini akan meletakkan
satu link tambahan dalam website YouTube. Anda akan nampak link tersebut
disetiap page video dalam website YouTube dan akan membenarkan anda mendownload
video terus ke dalam komputer.
Fungsi dan cara kerja plugin
ini adalah sama seperti 1-Click YouTube Video Download. Tapi kelebihan yang
terdapat pada plugin ini dan tidak ada pada plugin-plugin seumpamanya adalah
kebolehan untuk convert format video YouTube ke format FLV, 3GP, MP3, MP4 dan
boleh juga mendownload video HD (High Definition).
Ok, selamat mencuba!