Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari
akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan
yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan
makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan
kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi
usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat
badan (obesiti)” - Sumber
dari berita harian
Makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia
memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi
pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh
itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1.
Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh
badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan
yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini
menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik
dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2.
Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan
manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya,
manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat
sejahtera sahaja.
3.
Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah
satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil
makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh
badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu
gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama
aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu
diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4.
Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan
zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup
cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam
kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir
untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu
yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek
mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita
perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah
dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara
akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat
masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik
di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita
semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Makanan
Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
Pengambilan
makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda
sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana
pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan
risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar,
tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh
manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit
berbahaya?
1.
Kanser (Barah)
Makan
buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon,
perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko
itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak
sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan
endometrium. Bagaimanapun diet tinggi
lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan
bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2.
Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu
kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan
risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak
mengikuti garis panduan itu.
3.
Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu
akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus
risiko terhadap penyakit jantung koronari.
4.
Tekanan darah Tinggi
Mengambil
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah
lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko
tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan
risiko terhadap penyakit jantung koronari.
5.
Osteoporosis
Mendapat
kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai
dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan
kalsium.
6.
Spina Bifida
Mengambil
makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik
yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu
melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Info
dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Tips
Diet Seimbang
Antara
beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1.
Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau
nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya
ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik.
Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2.
Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang
pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan
beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan
protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang
soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
3.
Banyakkan minum air.
Air
adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman,
penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan
bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan
kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air
kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah
berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati
daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4.
Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya
lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja
dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan
pengambilan lemak berlebihan dengan:
R
Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
R Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit
sahaja.
R Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa
dalam masakan.
R Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit
jika boleh (contoh: kulit ayam).
R Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat
(seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
R Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti
membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.
5.
Kurangkan gula.
Makanan
yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi
banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau
serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan
beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna
anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang
dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6.
Kurangkan garam
Makanan
segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram
seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu
banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa
kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah
terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Sumber
dari UTUSAN PENGGUNA